Tuesday, February 22, 2011

Marjerin pencetus cancer



MARGARINE 
"Makanan" yang dicipta sebagai pengganti mentega . Gris yang diperbuat daripada minyak yang diubah suai : melalui proses penghidrogenan dan pelunturan dan ditambah dengan perasa mentega tiruan , pewarna , pengemulsi , pengawet , sterol dan vitamin sintetik . Elakkan  MAKANAN TOKSIK ini . 


KESAN LEMAK TRANS DALAM MARJERIN :

  • meningkatkan paras kolestrol "buruk" serta mengurangkan kolestrol "baik"
  • Meningkatkan risiko serangan jantung , strok .
  • Meningkatkan keradangan , diabetes dan masalah kesihatan lain .
Pengambilan 2-3 gm lemak trans sehari meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sehingga 21% !

satu suduh makan marjerin jenis ketul mempunyai 2.8gm lemak trans dan satu sudu makan lelemak mempunyai 4.2gm lemak trans !

LEMAK TRANS = PENYAKIT & KEMATIAN 

Lemak trans meningkatkan penyakit jantung dan kematian mengejut akibat punca-punca yang dikaitkan dengan jantung . Menurut DR.Walter Willett , Pengerusi Jabatan pemakanan , kira-kira 30,000 kematian akibat penyakit jantung pramatang setiap tahun adalah berpunca daripada pengambilan lemak trans .

Lemak palsu ini juga didapati meningkatkan kolestrol buruk ( LDL ) dan merendahkan kolestrol baik (HDL) . Ia juga dikaitkan dengan keradangan , salah satu daripada penybebab utama penyakit jantung . 

Penemuan ini menunjukkan bahawa semakin banyak marjerin dimakan , serangan jantung turut meningkat tetapi bagi peningkatan pengambilan mentega , serangan jantung merosot . Dalam tempoh dekad kedua , kumpulan yang makan paling banyak marjerin mengalami 77%  lebih serangan jantung berbanding kumpulan yang tidak memakannya !

Lemak trans begitu asing kepada tubuh dan merupakan radikal bebas yang merbahaya ( agen penyebab kanser ) dan mampu menyebabkan kerosakkan sel-sel ( DNA )

LEBIH BURUK DARI LEMAK TEPU 

Para pakar bersetuju bahawa gram bagi gram , risiko lemak trans lebih besar daripada lemak tepu .

"lemak ini meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung dan kanser lebih daripada lemak tepu smula jadi . sebagai tambahan , lemak trans juga mengganggu fungsi imun biasa "

DIHARAMKAN DAN DIHADKAN 

  • Denmark ( pada 2003 ) dan Switzerland ( pada 2008 ) telah mengharamkan penjualan produk makanan dimana lemak trans melebihi 2% daripada jumlah lemak 
  • Peraturan di UK memerlukan lemak hidrogenan dikenal pasti dalam senarai ramuan pada label 
  • sejak 1 Januari 2006 , pengeluar makanan di Amerika syarikat dikehendaki menyenaraikan lemak trans pada label pemakanan dengan segera dibawah lemak tepu . Newyork dan Phidelphia telah mengharamkan restoron dan kedai makanan segera daripada menghidangkan makanan mengandungi lebih daripada 0.5g lemak trans bg setiap hidangan  .
  • Kanada juga menetapkan label makanan menunjukkan paras lemak trans . 
  • ia menetapkan had 2% daripada jumlah lemak untuk marjerin dan minyak masak dan 5% daripada jumlah lemak bg smua makanan lain , termasuk ramuan yang dijual di restoran .
  • Australia , yayasan jantung kebangsaan menghadkan lemak trans kepada kurang daripada 0.2% daripada lemak untuk smua produk kecuali marjerin jenis sayuran dan minyak sayuran yang mesti menghadkan lemak trans kepada kurang 1% daripada jumlah lemak . 

3 JENIS : SEMUA BURUK 

Terdapat 3 jenis marjerin : 
  • Marjerin tradisional  yang mengandungi lemak tepu , kebanyakkannya diperbuat daripada minyak sayuran 
  • Marjerin Campuran tinggi dengan lemak mono atau poli tidak tepu yang diperbuat daripada bunga matahari , kacang soya , biji kapas atau minyak zaitun 
  • keras pada umumnya marjerin yang tidak berwarna digunakan untuk memasak atau membuat kuih ( lelemak )
SEMUA INI TIDAK SIHAT DAN PERLU DIELAKKAN ! 

RAMUAN DIPERSOALKAN 

Disamping lemak trans , terdapat banyak lagi alasan lain untuk mengelakkan marjerin . Tahukah anda komponen tidak sihat marjerin dan lelemak ? Di samping lemak trans marjerin juga mungkin mengandungi perkara berikut 
  • radikal bebas - boleh menyebabkan kanser
  • vitamin sintetik - ia boleh menimbulkan ketidakseimbangan , memburukkan kekurangan dan menjejaskan biokimia anda . Dalam ujikaji terhadap haiwan , ia menghasilkan tindak balas toksik dan kematian segera daripada penyakit kemerosoton 
  • bahan penambah dipersoalkan - pengawet digunakan untuk menghentikan mikrob daripada berkembang dan merosakkan makanan , dan untuk memanjangkan jangka hayatnya ( contoh : BHA dan BHT  penyebab kanser ) dan pengemulsi yang menghentikan lemak daripada beku bersama 
  • Hexane dan pelarut lain 
  • peluntur digunakan untuk menghilangkan warna semula jadi marjerin , warna kelabu yang tidak menarik 
  • perasa tiruan untuk rasa mentega palsu
  • protein soya asing  yang tidak sihat 
  • sterol , sebatian ostrogen
  • sisa aluminium dan nikel daripda proses penghidrogenan . Nikel disahkan karsinogen manakala aluminium pula dikaitkan dengan penyakit alzheimer 



11 alasan untuk elak marjerin , apa kandungan sebenarnya ?????

1.Lemak trans bukan asli , toksik : Panel saintis kerajaan Amerika syarikat telah memutuskan lemak trans buatan manusia tidak selamat sebarang paras . 

2.Radikal Bebas : radikal bebas dan produk pecahan toksik lain adalah hasil daripada pemprosesan minyak sayuran industri bersuhu tinggi . ia menyumbang kepada beberapa masalah kesihatan termasuklah kanser dan penyakit jantung . marjerin mengandungi lemak poli tidak tepu  . apabila ia terikat dengan sel sihat , iaitu apabila molekul dalam sel menjadi mengoksida , ia mengeluarkan tenaga dan menyebabkan kan kerosakan besar . 

3.Vitamin sintetik : vitamin A sintetik dan vitamin lain ditambah kepada marjerin dan sapuan . ini sering memberikan kesan bertentangan berbanding vitamin semula jadi dalam makanan asli . sebaliknya vitamin sintetik hanya bahan kimia asing yang dimasukkan sebagai sebahagian daripada vitamin kompleks semula jadi . banyak vitamin sintetik sebenarnya menghilangkan nutrien lain dalam tubuh dan membebankan buah pinggang sebelum ia dikeluarkan melalui air kencing . 

4. Pengawet : bahan pengawat seperti butylated hydroxytoluene ( BHT ) supaya ia lebih bertahan lama . 

5.Mono dan di-gliserida : mono dan di-gliserida mempunyai kesan sampingan yang  boleh menyebabkan kecacatan sewaktu lahir dan kanser 

6.Perasa tiruan : ini membantu melindungi rasa dan bau tengik minyak separa hidrogenan dan memberikan rasa mentega palsu . "perasa tiruan" adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada beratus bahan kimia makmal yang direka untuk meniru perasa semula jadi . 

contohnya , setengah perasa vanila tiruan dibuat daripada petroleum atau sisa kilang kertas . pada hakikatnya satu perasa tiruan bole dihasilkan daripada beratus bahan kimia . 

7. Hexane dan Pelarut Lain  : hexane ialah derivatif petroleum yang mungkin menyebabkan ketidaksuburan dan kemurungan sistem saraf pusat , antara bahaya kesihatan yang serius .

8. Peluntur : minyak menjadi kelabu dan perlu dilunturkan atau diputihkan . pewarna dan perasa kemudiannya  ditambah supaya marjerin kelihatan dan rasa seperti mentega . 

9.Protein soya asing : menurut pakar pemakanan , sallu fallon , pengarang nourishing traditions , the cook book that challenges politically correct nutrition  , pengeluaran protein  soya asing ( SPI ) melibatkan pembersihan asid dalam tangki aluminium yang melarut resap paras aluminium yang tinggi ke dalam produk akhir .

Nitrit , karsinogen berbahaya ( agen penyebab kanser ) terbentuk ketika penyemburan kering dan beberapa  perasa tiruan termasuk MSG ditambah untuk memperbaiki rasanya . bahan ini dikaitkan dengan perkembangan penyakit alzheimer , kanser dan tindak balas alergi yang teruk . 

phytoestrogen adalah bahan tumbuhan yang mempunyai kesan sperti hormon dalam tubuh manusia . Phytoestrogen telah dikaitkan dalam beberapa kajian menyebabkan pertumbuhan sel kanser payudara . 

10. Sterol : kajian lain menunjukkan sebatian estrogen ini boleh menybebkan masalah endokrin  dalam haiwan sterol ini menyumbang kepada penyongsangan seksual .kepekatan phytosterol tinggi dalam darah , akibat peningktan penyerapan usus dan kemerosotan pengeluaran phytosterol , boleh membawa kepada keadaan pewarisan dikenali sebgai sitosterolemia 

11. Sisa nikel dan aluminium : petikan berikut daripada buku "FACTS THAT HEAL , FATS THAT KILL  oleh pakar lemak terkemuka dunia , Udo Erasmus mempunyai butiran lanjut . 

"dalam proses ( penghidrogenan ) ini , minyak bertindak balas dibaawah tekanan dengan gas hidrogen  pada suhu 120 - 210 degree .  dalam kehadiran pemangkin logam nya nikel -disahkan karsinogen tetapi kadangkala platinum atau tembaga untuk 6-8 jam .

pemangkin "nikel"  sering digunakan dalam proses penghidrogenan dipanggil "Rayney nickel" sebenarnya 50% nikel dan 50% aluminium . sisa-sisa kedua dua logam itu kekal dalam produk yang mengandungi penghidrogenan atau minyak separa penghidrogenan dan minyak separa penghidrogenan dan dimakan oleh ramai orang . 

kehadiran aluminium terutamanya amat membimbangkan kerana kehadirannya di dalam tubuh manusia dikaitkan dengan penyakit alzheimer ( kenyanyukan mental ) dan osteoporosis dan mungkin memudahkan perkembangan kanser . 




WANITA DENGAN PARAS LEMAK TRANS YANG TINGGI DALAM TUBUH MEREKA MENINGKATKAN 40% RISIKO KANSER PAYUDARA !!!!!!!


kanser : Beberapa jenis kanser telah dikaitkan dengan pengambilan makanan berlemak . Apabila maklumat ini dianalisa dan dibandingkan dengan peningkatan kejadian kematian akibat kanser dalam tempoh 80 tahun ,( 1 dalam 30 orang  pada tahun 1900 kepaada 1 dalam 4 orang pda tahun 1990  . peningkatan kes kanser diperhatikan seiring dengan peningkatan dalam pengambilan lemak daripada sumber sayuran . Kaitan yang lebih rapat ditemui antara pertambahan kes kanser dan pertambahan dalam pengambilan minyak sayur yang mengandungi minyak asid lemak berhidrogen . 





0 people interested:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More