Saturday, February 5, 2011

BIODATA PENGASAS

NAMA : DR.SITI AISHAH BINTI HJ. MOHAMED ALI. MD(AM),FWSAM(USA<)

BEST STUDENT IN CHINESE MEDICENE 2004

TARIKH LAHIR : 05 .11.1974 KELANTAN.

PENGANUGERAHAN SIJIL :

* Diploma Alternative System of Medicines (D.A.S.M)

(15 Januari 2002)

* Diploma In Accupuncture, D.Ac (Malaysia)

(20 Disember 2004)

* Best Student In Chinese Medicines 2004

(20 Disember 2004)

* Ijazah Pendidikan Sains Fizik (Hons)

(24 Ogos 2005)

* Indian Celltheraphy Institute, Course Completion Certificate

(28 Disember 2005)

* Participation World Society of Alternative Medicines (U.S.A) – Designation FWSAM

(20 Februari 2006)

* Doctor of Medicine (Alternative Madecine) MD (AM)

(4 Mac 2006)

* Registration Medical Practitioner of the Indian Board of Alternative Medicines
o Affiliated with the open university for the complementary medicines (medicina alternativa)
o Registration No. : IBAM/RMP/ B - 1085 (6 Mac 2006)

* Participation Women’s Health Asian Traditional Medicine

(28 – 30 Julai 2006, PWTC, Kuala Lumpur)

PROFIL DIRI :

Beliau adalah anak kepada seorang bekas Pengamal Perubatan Alternatif yang turut mempraktikkan perubatan Homeopathy, Siddha, Ayuvedic, dan Herba sebelum merdeka lagi. Hasrat bapanya untuk menjadikan beliau sebagai pengganti mewarisi ilmu dalam bidang perubatan tradisional akhirnya menjadi kenyataan dan pada awal tahun 2006,beliau telah digelarkan sebagai DOKTOR of MEDICINE. Wartawan dari METRO telah menemuramah anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini dan keterangan yang lebih jelas telah dipaparkan dalam akhbar METRO keluaran Isnin,10 April 2006 bertajuk SITI REALISASI IMPIAN AYAH.

Pada mulanya beliau hanya membuat rawatan di rumah sahaja seperti facial, rawatan kulit dan rambut. Rawatan yang dilakukan memberi kesan yang memberangsangkan dan mendapat sambutan. Beliau mempunyai  motto tersendiri iaitu “ NATURE IN HEALTH & BEAUTY (untuk cantik, kita mesti sihat dengan produk natural) ”. Apa yang dapat dikaitkan di sini ialah alternatif yang diambil untuk perkhidmatan pusat rawatan beliau. Semua rawatan yang disediakan adalah gabungan rawatan kecantikan dan kesihatan. Motto ini juga telah diwarwarkan dalam majalah D’HERBA keluaran Jun 2006. Penjagaan kecantikan menjadi kurang berkesan serta tidak kekal lama jika soal kesihatan diabaikan. Dua aspek ini mesti disegandingkan sebagaimana kacip fatimah akan menggigil apabila tongkat ali mula berada di katil.

Pada hujung tahun 2004, beliau mula menambah satu lagi cabang ilmu Perubatan Alternatif iaitu mengambil Diploma Akupuntur. Dengan berkat usaha gigih beliau telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Best Student In Chinese Medicines 2004 oleh Pr. Dr. Nik Omar dari Reseach Institute of Medical Acupuncture (RIMAc Malaysia).

Setelah beliau bertungkus lumus mengikuti program perubatan secara formal, akhirnya beliau telah dianugerahkan sebagai Doktor of Medicine (MD) Alternatif Medicines in Celltheraphy. Beliau merupakan orang pertama yang mengamalkannya bukan sahaja di Malaysia malah di Asean. Kelulusan beliau diakui oleh WHO dan ditauliahkan RMP (Registered Medical Practicional).

Jauh perjalanan. luas pengalaman, berkat keazaman, tinggi kesabaran. Beliau mempunyai satu lagi kelebihan iaitu dapat memahami pelbagai bahasa seperti Inggeris, Hindi, Thai, dan Tamil. Beliau merupakan anak keturunan berdarah campuran Melayu, Pakistan, dan India.

PENGALAMAN :

Sepanjang perkhidmatan beliau di Sam Shifa’ terdapat pelbagai jenis permasalahan dari pesakit dengan pelbagai karenah, bermacam jenis penyakit yang telah diterima. Namun, dengan kepakaran yang ada pada beliau, rawatan yang terbaik diberikan kepada setiap pesakit.

Diantara penyakit yang dirawat oleh beliau ialah pesakit lumpuh yang tidak dapat berjalan. Rawatan akupuntur dilakukan terhadap pesakit tadi ketika beliau masih lagi dalam latihan merawat pesakit. Beliau terkejut dengan beberapa batang jarum saja, lebih kurang 5 minit kakinya sudah ada rangsangan ketika beliau memasukkan jarum yang seterusnya pada bahagian kaki kirinya.

Kes kedua yang penah dirawat oleh beliau ialah seorang bekas guru yang tidak lagi bergantung kepada Inheler (penyedut asma) setelah datang untuk rawatan susulan pada kali kedua di klinik Sam Shifa’. Sekarang, dengan izin Allah beliau sihat dan mampu berkebun serta boleh melakukan aktiviti seharian seperti sediakala.

Kes terbaru, pesakit Glaukoma berumur 28 tahun mula merasai kehadiran cahaya ke dalam matanya.Ini menunjukan proses pemulihan. Sebelum ini beliau yang berasal dari Sarawak telah menjalani   rawatan di India dengan kos yang tinggi. Setelah menyedari adanya rawatan Mikro Acupuncture untuk Glaukoma di sini lalu terus datang mendapatkan rawatan intensif selama 2 minggu.


0 people interested:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More