Tuesday, February 8, 2011

Islam Medicine and Education

Dalam surah Fussilat:44 pula terdapat firman Allah:



"Katakanlah bagi mereka yang beriman, al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi mereka yang beriman. Mereka yang tidak beriman, pada telinga mereka ada sumbatan, sedangkan al-Quran itu sesuatu kegelapan bagi mereka. Mereka ini adalah seperti orang yang dipanggil dari tempat yang jauh ."


Menurut Ahmad Mahmud (1994:18), hal demikian tidak bererti bahawa al-Quran itu digunakan sebagai tangkal, ataupun azimat, kerana baginda Rasulullah s.a.w. tidak berbuat demikian dan tidak menyuruhnya, bahkan baginda adakalanya melakukan rawatan dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan bahan-bahan semula jadi untuk merawat dirinya.  Baginda menyuruh mereka yang sakit, yang terdiri daripada kaum keluarga juga para sahabat agar berbuat demikian. Baginda juga melakukan rawatan bergantung kepada punca penyakit. Baginda bersabda :


"Sesungguhnya bagi setiap penyakit itu ada ubat. Maka apabila ubat itu serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah 'azza wajalla ( Riwayat Muslim dari hadis Abi Az-Zubair dari jabir dari Rasulullah)"

PRINSIP PERUBATAN ISLAM :

Setiap penyakit ada ubatnya.  Allah s.w.t. yang menjadikan penyakit, Dialah yang 
menyediakan ubatnya.  Setiap sesuatu mempunyai sebab yang boleh dikaitkan
dengan tingkah laku manusia yang secara langsung berkaitan dengan rahsia llahi 
yang tidak difahami oleh manusia.
Allah s.w.t. memerintahkan pesuruhnya, iaitu Muhammad s.a.w. agar memberitahu 
mereka yang bertanyakan tentang roh, bahawa roh itu adalah urusan Ilahi
(Isra':85). Setiap sesuatu yang berlaku, termasuk penyakit dan masalah manusia Konsep Perubatan Islam
5
mempunyai sebab musabab.  Pencipta sebab itu ialah Allah, al-Khaliq, yang
berkuasa melakukan sesuatu.  Apabila ia hendak menjadikan sesuatu dan berkata: 
jadilah, maka jadilah (Yasin: 82)

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA : 

Ternyata bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya.  Allah s.w.t. memberi penyakit, 
Allah juga telah menetapkan ubat ataupun penawarnya, kecuali tua.  Berdasarkan 
keterangan hadis ini juga difahamkan bahawa tua itu adalah termasuk dalam
kategori penyakit, tidak kira sama ada tua itu benar-benar penyakit, ataupun ia 
merupakan satu evolusi yang semestinya dilalui oleh semua manusia, yang
biasanya disertai dengan pelbagai penyakit dan masalah, yang tidak ada
penawarnya, ataupun ubat membolehkan orang yang tua menjadi muda, kerana 
setiap orang itu mempunyai had umur.  Apabila tiba masa mati, ketentuan itu akan 
datang tanpa dapat dielakkan (al-A'raf:33).  Maut adalah penghujung setiap
kehidupan, segala-galanya telah ditetapkan di Loh Mahfuz (al-An'am: 38).
Keterangan di atas membuktikan bahawa telahan mengenai umur seseorang sama 
ada panjang ataupun pendek itu adalah urusan Ilahi.  Begitu juga dengan harapan 
untuk hidup ataupun untuk sembuh biarpun manusia melalui pengalaman yang
dilalui menurut lazimnya dapat menjangkanya.
Allah menurunkan penyakit.  Dan setiap penyakit, sama ada sakit fizikal, mental 
ataupun yang berkaitan dengan hati ada penawarnya.  Rasulullah s.a.w. menyuruh 
agar setiap orang yang sakit berusaha untuk berubat dengan pertolongan orang 
lain yang pakar dalam bidang yang dimiliki, ataupun oleh diri sendiri. Jelas terbukti 
bahawa tugas manusia di sini ialah berusaha untuk mendapatkan kesembuhan
menurut keupayaan dan kemajuan akal tanpa putus asa.  Usaha dan ikhtiar adalah 
tugas manusia manakala kesembuhan adalah urusan Allah yang telah ditetapkan 
termaktub di Loh Mahfuz.
Allah s.w.t. apabila menghendaki kebaikan itu berlaku ke atas hambanya, Ia akan 
menyegerakan balasan terhadap dosa-dosa yang dilakukan.  Seorang lelaki telah 
mengadu kepada Rasulullah s.a.w. menyatakan harta bendanya telah habis,
manakala badannya terasa sakit. Baginda menjawab yang bermaksud: 
Tidak baik seorang hamba yang tidak hilang hartanya dan tidak sakit badannya.  
Sesungguhnya Allah s.w.t. apabila ia mengasihi seseorang hamba Ia akan 
mengujinya, dan apabila ditimpa bala maka Allah akan memberi kesabaran


0 people interested:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More